Rabu, 26 Oktober 2011

Cinta itu bagi aku seperti...

Assalamualaikom..
omg parut byk!! :P
                                      
Dengan mencintaimu aku sedar bahawa cinta itu mengubah pahit menjadi manis..debu menjadi emas,
penyakit menjadi sembuh,derita itu nikmat..dan segala yang buruk itu baik..

Kekadang aku menidakkan kebenaran..aku mempercayai segala
kebohongan.kerana sungguh cinta itu buat aku alpa dan buta..

Dengan mencintaimu jugak aku sedar bahawa cinta itu membuat aku yang sihat
jadi sakit..gemuk menjadi kurus..normal menjadi gila..
nescaya ketika aku sedang enak dilamun cinta..buanglah aku kelaut.di padang
pasir mahupun hutan rimba..pasti aku akan belajar untuk hidup dan takkan
mati kelemasan..
dikala aku sedang berduka kerana cinta..lemparkanlah aku ke gudang
roti..nescaya pasti aku akan mati kelaparan..


Dengan mencintaimu bukan bermakna aku tak mencintai tuhan..namun
kelemahan aku adalah kerana aku manusia.segagah gagah manusia dia lunak
dengan cinta..besi mampu lebur..jahat menjadi baik..malah raja menjadi budak..

aku tahu..dan ramai yang memberitahu..
cintailah seseorang kerana tuhan..
cintailah tuhan kerana sesungguhnya cinta pada tuhan hakiki..
cinta pada manusia itu sakit,pedih dan melalaikan..
tapi sang pemberitahu juga tidak mampu menahan dirinya daripada mencintai..
aku jugak tidak mampu menahan dari mencintai walaupun diri sendiri selalu
diingatkan untuk tak mencintai seseorang itu dengan sesungguh hati..
manusia itu rapuh..
aku itu lemah..
cinta itu parah

cinta itu kekadang membuat aku hilang pertimbangan..kekadang aku sanggup
utk kehilangan apapun kerana cinta asalkan aku tidak kehilangan orang yang
aku cinta..
cinta itu kekadang membuat aku seperti sang xdak akal..cinta itu membuat aku 
sanggup bkorban apa saja walhal selama ini untuk diri sendiri pon tak
sanggup brkorban apatah lagi untuk orang lain??

cinta itu menjadikan aku seperti sebuah kereta kebal..mengubah aku menjadi
kayu dan patung..
kerana setiapkali dia menyakiti hati aku..aku sentiasa mengulang2 bahawa..aku
bukan tunggul kayu..aku bukan patung yang kau boleh perlakukan sesuka
hati..
anehnya..aku sendiri yang berkata akan kayu-kayu dan patung-patung itu..aku
sendiri yang bertahan dan membiarkan diri sendiri menjadi seperti patung dan
kayu..
nahh bukankah aku berkata tadi aku persis sebuah kereta kebal yang sangat
tahan pada asakan??

cinta itu adalah seperti aku mahu mengusir kau jauh2..aku mahu tinggalkan kau
berbatu batu..aku membenci kau sehinggakan seperti sanggup meludah diatas
muka kau..dan disaat kau pergi dan tidak kembali-kembali..aku seperti mahu
mati..

dan pada akhirnya..aku sedar bahawa jika saja kehadiran cinta sekadar untuk
mengecewakan aku..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir..!!

p/s: entry dikala hati rasa sangat sakit..maka secara automatik diri menjadi
seperti ahli falsafahsampah kt sini..hehehehe :P
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan